Terapi Insulin Pankreas buatan

Insulin merupakan antara hormon yang penting untuk badan. Tanpa ia, badan tidak dapat mengawal atau menggunakan glukosa dengan sempurna. Dari segi perubatan, terapi insulin merupakan rawatan untuk penyakit diabetes melitus di mana insulin digunakan untuk merawatinya. Untuk pengatahuan, diabetes bermaksud kekurangan insulin di sebabkan lebihan gula di dalam darah. Suntikan insulin atau penggunaan pam untuk meniru sistem semula jadi badan adalah intensif terapi insulin ini.


Pam Insulin

- Alat untuk merembeskan insulin

- Terdapat komponen untuk menyimpan insulin yang akan di rembeskan apabila perlu

- Terdapat komponen untuk mengawal perembesan insulin di luar badan

- Boleh dibawa ke mana sahaja di sebabkan pam ini agak kecil dan ringan


Kelebihan Pam Insulin

1. Tidak perlu cucuk insulin setiap hari

2. Insulin yang dihasilkan cukup mengikut kadar yang diperlukan


Kekurangan Pam Insulin

1. Jangkitan kuman pada kulit

2. Pam terpaksa dibawa ke mana sahaja pesakit pergi


Pam Insulin Yang Ditanam Dalam Badan

Pam yang ditanam didalam badan melalui pembedahan memberi kesan yang lebih selesa kepada pesakit dan tidak akan berlaku jangkitan kuman pada kulit pesakit.


Mekanisma Pengepaman

Alat pengesan akan di letak di dalam salur darah yang mengalir ke jantung. Alat pengesan tersebut akan disambungkan menggunakan wayar kepada pam insulin yang juga ditanam di dalam badan melalui pembedahan. Jika tahap gula dalam darah meningkat maka alat pengesan tersebut akan menghantar isyarat kepada pam insulin supaya cecair insulin dirembeskan secukupnya. Alat pengesan tersebut mengesan tahap darah dalam badan dengan lebih tepat jika dibandingkan apabila membuat ujian darah dengan mencucuk hujung jari dengan jarum dan menguji tahap gula dalam badan melaui darah tersebut. Melalui beberapa kajian yang telah di lakukan, kandungan darah dalam badan adalah sangat terkawal jika menggunakan pam insulin yang disambungkan kepada alat pengesan glukos tersebut. Insulin yang terdapat di dalam pam tersebut akan ditambah setiap 1-3 bulan mengikut keperluan pesakit. Jarum hipordermik akan digunakan untuk menambah insulin ke dalam pam tersebut. Insulin akan di cucuk terus ke dalam pam tersebut melalui kulit pesakit. Lebihan insulin akan di sedut keluar dan diganti dengan yang baru.

Kelebihan Pam Insulin yang ditanam di Dalam Badan

- Selamat dan sangat efektif

- Membaikkan kawalan metabolism

- Penambahan insulin ke dalam pam sangat praktikan dan selamat


Kekurangan Pam Insulin yang ditanam di Dalam Badan

- Had penggunaan bateri